Monday, November 25, 2013

GEORGE BERKELEY


ZAMAN PENCERAHAN BARAT

Perkembangan falsafah di Barat telah muncul pada sekitar abad ke-18. Pada waktu itu, revolusi ke arah dunia yang mengkaji ilmu sains dan teknologi banyak dibangunkan dan ilmu falsafah semakin tersebar fahaman falsafah yang pelbagai di kalangan masyarakat Barat khususnya. Dalam pembahagian tokoh falsafah Barat, terdapat dua jenis fahaman iaitu golongan Rationalisme yang mengutamakan akal sebagai dasar rujukan terhadap sesuatu. Mereka ini kebanyakan terdiri dari tokoh falsafah yang muncul awal dari abad ke-18. Golongan yang kedua ialah Empirisisme. Mereka menolak kebendaan (material) dan menganggap semua yang wujud itu berdasarkan pengamatan pancaindera atau lebih dikenali sebagai idea. 

BIOGRAFI TOKOH

Kelahiran tokoh-tokoh falsafah semakin ramai pada zaman yang dikenali sebagai The Enlightenment. Antara tokoh falsafah Barat yang berpengaruh ialah seorang ahli falsafah Barat dari Ireland dan berketurunan Irish iaitu George Berkeley.
            George Berkeley merupakan salah seorang tokoh ahli falsafah Barat yang terkenal dan merupakan ahli falsafah yang berfahaman empiricisme. Beliau juga dikenali sebagai Bishop Berkeley dilahirkan pada 12 Mac 1685 di rumah keluarganya di Dysart Castle, berhampiran County Kilkenny, Ireland. Beliau merupakan anak sulung kepada William Berkeley dan mendapat pendidikan di Kelkenny College.Pada tahun 1707, beliau menyempurnakan pengajian peringkat Master seterusnya di Trinity College, Dublin. Beliau telah berkahwin dengan Anne Forster, anak perempuan kepada John Forster pada tahun 1728. Beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1753, yang mana pada ketika itu beliau menjangkau usia 67 tahun. 
          Berkeley merupakan ahli falsafah yang muncul pada kurun ke-18. Beliau adalah tokoh peralihan antara generasi falsafah post-cartesan pertama dan dua orang ahli falsafah terakhir yang dikenali Falsafah Berkeley berjaya mempengaruhi sains moden pada kurun ke-20. Berkeley telah memulakan kajian mengenai asas dan dasar dalam falsafah semenjak beliau masih muda. Pada tahun 1710, beliau banyak menerbitkan penulisannya sendiri. Beliau juga pernah menjadi salah seorang dari Bishop di Gereja Anglikan pada tahun 1734, dan pernah menjadi Bishop Cloyne di Ireland sampai masa beliau meninggal dunia di situ.

KARYA YANG DIHASILKAN                     
     George Berkeley seorang penulis yang terkenal dengan banyak menghasilkan karya-karya yang yang membawa teori falsafah beliau seperti An Essay towards a New Theory of VisionA Treatise Concerning the Principles of Human Knowledge, Three Dialogue between Hylas And Phylonous, De Motu, dan lain-lain. 

PRINSIP FALSAFAH

          Berkeley terkenal dengan ucapan : " Esse est percipi " yang membawa maksud " kewujudan bermaksud dapat diperhatikan ". Menurut pandangan beliau, sesuatu itu tidak dinamakan wujud jika tidak diperhatikan dengan pancaindera iaitu melalui deria penglihatan.

               



 

1 comment:

  1. Hotel and Casino - Mapyro
    Find the cheapest and 군포 출장샵 quickest way to 정읍 출장안마 get 김제 출장안마 from Casino Hotel to 서귀포 출장샵 Casinos. Casinos Near Me 경기도 출장안마 · Las Vegas Convention Center. Las Vegas, NV 87701.

    ReplyDelete